Friday 21 December 2012

PENAT !

assalamualaikum :)

korang korang ?nampak tajuk kat atas sana tu ?nampak kan ?act ,aku bukan nak syor kan cara cara menghilangkan penat or what .aku just nak share apa yang berlaku pada sepanjang harini .

kalau nak ikutkan , semalam pagi memang rasa bosan sesangat sangat sangat nak mati kempunan tujuh anak.ehh?aku merepek kebenda ni ? LOL ! hahahahahahaha  .lepas si aizat balik kerja dengan ayah ,aizat tetiba kata "ira ,jom keluar ,aku nak pergi beli baju lah " and i was like . seriously ? jangan main main .aku dah rasa macam nak mati kebosanan dah duduk dekat rumah ni .since ibu dengan adik dah gerak ke kedah ,ayah and aizat ke office ,aku and ain (cousin) , duduk melepak kat rumah .aku online sampai tertidur tidur .nampak tak kebosanan dia sedang melanda pada jiwa yang lara ini .ehh ?aku dah kenapa ? :P

okay , after semua dah siap siap ,kitaorang bertiga pun gerak ke MP/DP .MP short form for :Mahkota parade .and DP for : Dataran Pahlawan .memandangkan ayah bagi duit belanja yang memberansangkan .macam macam tempat lah kitaorang dok plan untuk pergi makan lepas shopping nanti .shopping punya shopping ,tetiba aizat , "jom pergi TF nak ?" TF :Tutti Frutti .dan aku pun , "jom lahhhhh ! :P " *muka excited* dah beli tutti kitaorang straight keluar .tak plan pun nak makan dalam tutti tu ,sebab kami masih ada tugas yang harus diselesaikan .tugas ?macam En.Polis pulak kannnn ? hahahahahaa

act , kitaorang kena amik kakak si ain ni iaitu ika dekat MC :melaka central . dia yang study sama dengan si aizat dekat UITM ,perak tak course lain lain lah kannn .hmm .so ,kitaorang plan untuk ke JJ eaon .jelah .memandangkan aku sekarang dah ada hobi baru bila pergi ke JJ tu .nak tahu apa hobi aku ?aku akan singgah ke Comic Paradise untuk beli barang barang yang berkaitan dengan 2PM .muehehehehe .ini baru dikatakan fanatic yaa tak ? haahahahaha .aku ingat aku sorang jee yang akan jadi separuh gila when sampai jee dekat Comic Paradise tuu .tapi si ain ni pun sama .dia semua pasal artis korea dia tahu :O .macam macam dia borong .baju kumpulan EXO lah , infinate punya accessories phone , hmm apa entah lagi . banyak jugak dia borong ,sampaikan duit dia hanya tinggal RM20 .Wow !Amazing !semangat kau berbelanja wahai ain .hahahhahahaa .aku kalau beli pun ,aku beli sikit sikit dulu ,buatnya time aku nak beli serentak tu ,duit yang aku ada tak mencukupi ,tak ke nanti orang casher tu pandang paysehhh .pehhhhh !jauh jauh kan lahh .jatuh air muka denn kalau separuh barang terpaksa ditolak tepi semata mata untuk menggenapkan duit yang aku ada .huh ! panjang nau huraian aku kannn ? so ? what do i care ? :P
dalam pada menunggu ain pilih baju EXO tu , baik aku g round round kan ?mana tahu ada terselit selit barang 2PM yang aku masih belum ada kannn ? hmm .jalan punya jalan ,tetiba aizat panggil .suara arah dekat belakang .sampai jee dekat belakang kedai ,i was like :O .nak menjerit akuuuuu !!!!!terlampau banyak poster poster 2PM yang besar. aku still boleh sabar lagi .kalau aku tak sabar ,dah lama kedai tu retak akibat daripada pekikan suara aku :p tapi mahal gila poster tu .aku punnn  "hurmm ,anat betullah harga dia ,time time pokai lah kau nak keluarkan semua poster 2PM kannn ?kau nak kena bunuh ke hah penjaga kedai ?" *muka gangster* LOL ! dengan berat hati aku pun beli jelah sticker big bang untuk aiman .

disebabkan semua sticker 2PM aku dah ada ,so aku sedekah kan lah sticker big bang dekat aiman .dia minat nau dengan big bang .hmm .apa boleh buat .act ,aku ada jee poster poster 2PM .tapi aku punya poster tu kecik sikit than yang aku jumpa ni .ni besar nak gajah ?!! .harga pun nak gajah jugak .kalau harga , harga semut takpe :'( .lepas dah berhabis duit dekat kedai tu ,kitaorang plan nak pergi MC amik kak ika .aizat pun call kak ika , tanya dia dekat mana .then ,kau tahu dia dekat mana ?dia still dekat USJ lagi .weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!! aku dah penat + mengantuk + letih = nak mati dah ni wehh :'(

aizat kata , kita tunggu jee dekat Mc .tunggu punya tunggu , kak ika pun sampai .untuk memenuhi impian kak ika yang nak sangat makan MCD tu ,kitaorang sanggup pergi ke ayer keroh untuk makan mcd .sebab dekat situ 24 hours .sampai jee situ ,nak pergi order makanan ,tetiba En Abang Casher tu cakap ,"sorry dik ,burger yang tinggal just spicy chicken mcdeluxe jee .sebab mesin burger yang lain rosak" whaaaaaaaaaaaaaaaat ?aku pulak rasa nak cakap , ohh tak sangka pulak mesin mesin semua tu boleh rosak secara serentak kannnnn banggggg ?!menyirap aku .orang penat penat ke ayer keroh ,dia pulak bagi alasan macam cipanzi nak beranak !then , buat apa nak tunggu lelama kan ?kitaorang terus blah .then ,aizat kata pergi makan dekat MCD dekat area Mydin MITC yang baru bukak tu .okay niceee ! Mcd situ ala ala romantik gitu kan ? haahaha .aku dengan aizat decide nak makan Prosperity Burger .masa nak makan tu aku perasan burger aku dia punya kuah black pepper tu takda .yang ada just black pepper .weehhhhhh ! aku dah lah penat penat datang sini .kau jangan lah kedekut kuah PANDAI !!!!!! aku rasa macam nak campak jee burger tu dekat muka orang yang buat burger aku tu .err ~ nasib baik aku ni baik :P awww !

nak tak nak , makan jelah kannn .hmm


nampak tak aku punya burger tu ? hmm .takda kuah langsung ! :/
act , aku malas nak rotate kan gambar ni .malas okay malas .M to the A to the L to the A to the S = MALAS ! haahahhaahaha . lepas makan makan ,terus balik .penatlah katakan .sampai rumah pun around 1.30 a.m camtu .okay fineee gua penat tahap kritikal .sampai jee rumah ,semua macam dugong kepenatan .masing masing cari bilik ,nak tidur .hmm .okay sampai sini saja untuk entry kali ni .

thank you for reading my blog :) XOXO

Thursday 20 December 2012

cerita aku ,apa kau kesah ?!

assalamualaikum ,hye 
sebagai seorang muslim ,tak salah kan kalau kita menjawab salam orang ? :)

okay aku taknak lah buat buat baik untuk jadi ustazah tipu tipu .aku tahu korang tak suka .korang bukan boleh tengok kan kalau orang cakap baik baik sikit , nanti cakap orang itu berlagak pandai lah , macam bagus lah ,apa lah .tapi bagi aku ,........ "ADA AKU KESAH ?!!! " kau tak suka kau punya pasal lah kan.siapa pulak paksa kau suruh baca ? kannnnnnnnnnnnnnnn ?

okay garang tak aku ? tengok tajuk pun dah tahu aku ni garang ala ala Kak Yong gituu kan .sorry lah kalau ayat kat atas tadi buat korang semakin menyampah dengan aku .korang kena faham jugak ,aku pun ada perasaan .takkan korang jee ada perasaan .aku manusia biasa weeei .bukan manusia luar biasa tauuu .
act , aku nak share lah sikit perasaan aku dekat sini . biasa kalau dekat TWITTER , aku share kat ask.fm dekat twitter .soo , one day , ada manusia paling seksi ni ask aku , dia cakap "shyyra , rumah shyyra dekat mana ? saya nak datang meminang joyy " . then aku reply lah soalan tu .aku cakap "stay melaka .joyy ?just call him aizat , joy nama family " lepastu dia mintak maaf semua kat aku .aku sebenarnya tak kesah mana pun .saja jee nak kenakan budak budak ask.fm .dalam pada aku layan layan soalan pasal aizat , tetiba ada seorang yang aku kenal tetiba dia TWEET : kecoh sgt kau ni ada adik bradik hot la,tweet famous la.apa lagi?   .
aku tak tahu apa motif dia tweet macam tu .aku tak tahu lah dia tweet untuk siapa .but , seriously aku terasa .siapa jee yang tak terasa ,sebab aku rasa masa tu aku tengah layan ask.fm and time tu semua nak tanya pasal aizat .aku pun , okay shyyra , chill .aku sabar . then , aku tweet macam biasa .aku tweet pasal aurat .tetiba dia bashing bashing .cakap ada orang berlagak pandai dalam bab agama .then dia kata orang ni pandai cakap jee ,tapi bukan bagus sangat .
 me :i was like......... whooaaa :O melampau dia ni . memang dah takda orang lain lagi kannn .memang tujuan kau tweet untuk aku kan .heyyy ! salah ke kalau kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain ? tak salah kan ? malah dapat pahala kot .

serious aku tak faham dengan perangai kau .kau jangan ingat aku tak kenal kau siapa .aku tersangat kenal kau ,kau tahu .start from taht day , bila aku online twitter jee , mesti dia online sekali .kau tahu tak , bila aku tengok jee kau online ,aku rasa nak BUASIR ! nak TERBERAK semua ada ! semua sebab kau .
time aku nampak dia tweet bashing bashing aku , terus aku tweet : selagi aku boleh sabar ,aku sabar .jangan sampai one day ,sabar aku hilang ,jangan tanya kenapa muka kau ,aku tampar .tak kira lah kau lelaki ke perempuan . that is not my problem to slap you .errr~

kalau nak ungkitkan pasal siapa follow siapa , aku rasa kau yang follow aku dulu .then baru aku followback .kau kalau tak suka aku menyemakkan TL kau ,buat apa kau follow aku kaa ?kau bila susah , orang yang kau tak berapa nak kenal pun kau rapat .bila kau senang , fuhhh~ bukan main lagi main blah macam tu jee . macam ni kawan ? ehh sorry .aku tak perlukan kawan yang macam ni okay , bila susah jee nak bersama .sorry to say lah kann. sumpah tak minat ! 

sebelum ni ,kau tweet apa sekalipun ,aku tak pernak nak bash , menyampuk or what ?! kau jee yang over .
sabar shyyra sabar . hmmm .sampai sini saja yang mampu aku ceritakan ,kalau ada apa apa lagi , i will post a new entry okay ? :) 


Thursday 13 December 2012

cerita ku

assalamualaikum ,hye semuaa :)

korang nampak tajuk dekat atas sana ? nampak nampak ? kalau tak nampak sila buat check up mata anda yee anak anak ibuk sekalian .ehh ? sorry .terINDON pulak kannn .alah , kalau malas nak pakai spectacle a.k.a cermin mata , korang pakai jee kanta pembesar hasil peninggalan nenek moyang korang jee .settle !
hahahahhahahhahahahahahhahahahhahahhahahahahhahhaa !
ambooooihhh ,panjang ke idak gelak aku? haha .

okay seperti sebelum ni yang aku ceritakan pasal cuti aku pada post post yang lepas kannn .post yang lepas? ala nyanyuk nyanyuk comel pulak korang ni .korang pergi bukak balik post aku yang lepas .*pegang rotan*hahahhaa .mesti ada diantara korang membebel sorang sorang marah aku kannn . heyyy you ! what do i care ?!  :P okay okay , sambung cerita okay ?sekarang ni aku kalau bangun tidur , for sure lah aku hanya tinggal dengan si aiman jee kan ? hmm .bangun pun masa ayah aku balik lunch .ayah lebih suka lunch dekat rumah dari dekat office or restaurant ,katanyaaaaa *ala ala azwan ali*bangun bangun jee dah kena bukak pintu untuk ayah .ayah sengaja jee call aku banyak banyak kali supaya aku bukak pintu .ehh ayah ni , nak kata tak bawak kunci rumah , dia bawak .dia sengaja nak buli tauuu ! sabar shahira sabar :) nasib ayah baik tau dapat anak yang solehah cenggini (y)

dah bangun tu , aku pun mandi .lepas mandi terus capai laptop , online sampai lebam .kadang kadang aku sampai tak perasan yang ayah aku dah pergi kerja balik .baik tak aku ? baik kannnn ? hahahaha .dalam pada tengah online tu , ibu pulak balik .hmm ? aku lagi kena bukak pintu . bilik aku punyalah jauh dengan pintu .yang adik aku pulak dah jadi macam orang OKU= Orang Kelainan Upaya . dia tak pernah nak dengar bila pintu tu diketuk .aku pulak rasa macam nak pergi dekat dia then ketuk ketuk kepala dia .nasib baik aku kakak yang mithali . awww !untung untung kau tak kena ketuk kepala yee tak ? hahaha . ibu kalau balik tengok aku tengah online , confirm dia membebel .


ibu : ni kerja asyik nak online jee , tak payah nak buat kerja lain
aku : semua kerja dah beres ibu . ibu tak perasan ke rumah kita bersih semacam ? :p
ibu : dah tu tak reti nak pergi ambil buku ? pergi baca ? kalau asyik online apa dapat ?
aku :dapat kawan . yeayyyy !
ibu : tampar laju laju nak ?
aku : orang gila jee kata nak ibu *lari*


hah ! nampak tak nampak tak ? itulah ibu .selalu mengingatkan aku tentang belajar .love you ibu :* muahhhhh!hahahahhaahah . aku masuk jee bilik , bukak buku dalam 20 minutes camtu , sambung online balik .tak salah kan ? janji dah tunaikankan permintaan ibu .wuuekk wuekk ! around pukul 5.30 camtu ayah dengan si aizat dah balik .korang mest pelik kenapa diorang balik sesama kannn ? yang adah tahu tuu , good! act , aizat practical dekat office ayah . so sekarang bila pergi kerja/balik kerja diorang sama sama .just dekat office  , ayah department lain , aizat department lain .kejap kejap ? asal pulak cerita pasal kerja ni ? ishh .hmm .kalau diorang balik tuu , hmm siapa lagi yang bukak pintu kalau bukan aku . senang cerita kan , setiap hari aku jadi mak guard dekat rumah sendiri . cukup bulan nanti boleh mintak ayah gaji aku sebagai mak guard tak rasmi ni .

okaylah , sampai sini sajalah aku bercerita . lenguh pulak tangan ni asyik menaip jee . kejap bukak facebook , kejap bukak twitter ,kejap bukak blog ,ehh ejap twitter balik .ehaaaaaaaaaaaai . last last tangan aku tinggal lapan jari jee . sebab asik menaip  .

thank you for reading :)assalamualaikum ,tataaaa 

Thursday 6 December 2012

CUTI .errr


                                          assalamualaikum ,salam sejahtera ,salam satu malaysia ! :D


hey guys , 

shyyra sihat sentiasa .macam mana dengan cuti korang ?best ? untung laaaaaaa .jangan tanyalah kan aku punya cuti camna . nak kata tak keluar , keluar .duit habis dekat bershopping jelah .takda benda lain .ingatkan cuti ni ada lah nak pergi jalan mana mana .i mean pergi holiday .bukan jalan pergi kedai runcit pak ali korang tuu .hahahaa .tapi apa boleh buat kannn .ibu ada hari yang dia kena bertugas ,i mean kena kemas sekolah .ayah pulak kerja .si aizat ?hmm .lagi laaa .dia dah start practical 3 DEC aritu .

yang aku dengan aiman pulak , cecuti ni kalau selagi tak pukul 11 and above memang mata ni tak boleh nak tercelik dengan sendirinya lah kann .alaaa , jangan nak cakap aku .mesti diantara korang pun ada camtu ,right ? elehhh .taknak ngaku konon .its okay ,allah tahu :P okay ,berbalik pada aktiviti setiap hari


jadual harian :

           i) bangun around 11-12 camtu
          ii) pukul 12 kemas rumah
          iii) pukul 1 ayah balik untuk lunch dan aku dah siap mandi
          iv) pukul 2.30 make sure aku dah siap makan untuk breakfast atau lebih                                                                              dikenali sebagai lunch :P
          v)online sampai pukul 6 dan selepas pukul 6 mesti dah siap mandi
          vi)pukul 7 lebih solat maghrib 
          vii)tengok tv , pukul 12 and above dah tidur 


hebat kan aku ? tidur awal pun bangun lambat .hahahahhahahaha. sepanjang cuti ni ,aku dah lama tak jumpa kengkawan aku ,i mean my girls ,huda and nik/eyka .masing masing sibuk .nik sibuk sebab kerja .huda sibuk sebab aku tak tahu .hahahaha .aku sibuk ?aku sibuk online .yess that's me .i guess ,kalau aku kerja part time ni ,dah beribu dah aku dapat tauuu ! ni ayah aku lah unya pasal .taknak bagi .hmmm *sigh*

bila duduk sensorang ni ada lah aku bukak album dalam laptop yang dah berhabuk ni .terjumpa pulak gambar gambar kami .kami ? siapa? my girls lah .aiyoooo .hahahaha

comeyy tak ? :*

            me , huda and nik.

from left , huda ,nik ,dayana and me :D

anyonyonyonyo

again .w/ huda


kalau boleh nak letak lagi banyak lagi .tapi nanti nanti lah yaa :D
thank for reading :)